assalamualaikum.
beberapa hari yang lepas, anis banyak mengunjungi blog-blog hasil kerja tangan blogger-blogger wanita yang memaparkan foto-foto yang sangat cantik. terfikir juga agaknya senang sebenarnya fotografi ni bila kita letak sepenuh hati dan perasaan bila tangan mengetik kamera...
bukan anis tak ada kamera, bukan anis tak pernah pergi kursus mengendalikan kamera, tapi kerajinan tu susah nak hadir, hihi...moga-moga lepas cuti raya ni anis dapat kutip kerajinan tu untuk tatapan anak-anak dan keluarga tentang apa yang anis dah buat sebagai kenangan dan rujukan, amin...
Choco Candy®
Wednesday, 15 August 2012
Sunday, 5 August 2012
suka-suki...
assalammualaikum.
coklat - anis
anis - coklat
kursus coklat - anis dah hadir
anis - apa nak buattttt???
itulah permulaan yang membuatkan anis berkecimpung dalam dunia coklat ni. anis dapat tawaran berkursus asas coklat tanpa bayaran dari pihak koperasi jess. itupun sebab anis ni alk koperasi. terima kasih kepada cikgu som bt idris kerana bagi anis peluang untuk pergi berkursus. sudahlah free, ilmu yang disampaikan sangat berguna. rupanya buat coklat bukannya mudah. patutlah harganya mahal. banyak betul pantang larang yang harus diikuti. mungkin pada orang lain ilmu ini sudah lama diketahui tapi bagi anis, sejujurnya inilah pertama kalinya saya tahu tentang coklat yang punya banyak kerenah.

terima kasih kepada cik yatt dan koperasi jess atas ilmu yang diberikan. semoga selepas ini anis akan terus aplikasikan ilmu ini ( boleh kumpul duit beli kereta idaman..)
ini lah nama group anis masa kursus selama 3hari 2malam di koperasi jess, taman munshi johor bahru. WOW!
inilah hasil pertama kerja coklat anis...mula-mula cuba tanya-tanya pada adik yang belajar di b.p tu, boleh tak akak jual coklat kat sekolah hang? bila dia setuju je dan ramai pulak kawan2 dia yang order, jadi bersemangat la...mula-mula punye packaging, memang kena komplen kaw-kaw tak cantik la, tak kemas la...huhu...lagi-lagi auntie mah yang kat melaka pun komplen...tapi takpe, belajar dari kesilapan..


antara hasil yang diorder dan dihantar bagi pack seterusnya.
tak lama lepas beberapa delivery, ada pula kawan-kawan yang minta buatkan kelas coklat. mula-mula anis takut juga nak buat, tapi atas dorongan kawan-kawan, anis pun cubalah. inilah 2 kelas yang anis dah buat.
![]() |
KURSUS ASAS COKLAT SIRI 1/2012 LOKASI : RUMAH CIKGU HALINA |
![]() |
KURSUS COKLAT ASAS SIRI 2/2012 ALK KOPERASI SMKDARA LOKASI : BILIK KH SMKDARA |
Subscribe to:
Posts (Atom)